Setahun berlalu..
hidup si gadis bermata redup itu masih berlalu seperti biasa.. apa yang sering
di pertikaikan oleh rakan-rakanya masih juga belum berlaku.. jarinya ditangan
masih belum dihiasi merahnya inai atau sebentuk cincin..
baginya bukan
cincin yang diharapkan.. bukan juga merahnya inai dijari.. bukan meriahnya
majlis perkahwinan.. bukan juga pelukan mesra insan yang bergelar suami.. si gadis tak pernah mengeluh kerana jauh di
sudut hatinya.. mengharapkan apa y di impikan jadi kenyataan..angan-angan y
dicipta bersama.. 5 tahun.. bukan masa yang singkat bagi nya.. sedikit demi
sedikit angan-angn yang dibina menjadi impian.. tak pernah lekang.. tak pernah
putus.. harapan hari demi hari makin membesar.. dalam sendu dia mengakui..
sunnah kehidupan itu pasti kan diuji.. saat pertama kali si gadis itu mengenal
cinta.. hanya lelaki itu yang berjaya mencuri hatinya.. dan bermula saat itu..
hanya lelaki itu lah yang di puja.. meniti dalam setiap doa hariannya..
mengharap hanya si lelaki dapat menjadi
imam dalam meniti jalan menuju ke syurga nanti..mengharap dapat menjadi
bidadari hanya untuk insan tersebut di dunia mahupun dalam kehidupan selepas
mati...kesetian digengam erat.. walau hatinya yang dilukai.. bibirnya masih lg
mengukir senyuman.. meneruskan hari demi hari dalam harapan dan doa..
namun dunia terus
menerus memaksa dia meninggalkan insan yang dinanti setiap saat.. memaksanya
memilih pilihan ayah ibunya.. dengan setia,
cinta, kepercayaan, kejujuran, si gadis berjaya memekak kan telinga.. membekukan
semua pancaindra yang ada.. soalan2 yang datang.. di biarkan berlalu sepi..
“ bila kakak
nak kawen?”
“ kakak nak
kawen dengan sapa ?”
“ adik dah
kawen.. kakak bila lagi..?”
“ eh adik dah
kawen??”
“ la bila masa
dapat adik ipar?”
Telinganya lali
sudah.. kadang2 di jawab dengan senyuman manis.. kadang kala dibiarkan air mata
menafsirkan rasa hati..
Bibir tak berhenti
mencari alasan.. memudarkan harapan ayah dan ibu…
“ nanti lah..”
“ bagi la kakak
sambung belajar dulu “
“ tolong jgn
tanya2 da.. kakak xmau sapa2 lg..”
“ rezeki adik
dulu.. kakak xkisah pn..”
“ nak focus belajar
dulu nh.. nanti dah ok.. akak fikir balik..”
Seulas senyuman
terus menerus merahsiakan rasa hati.. sendu yang ada..dibiarkan jadi
tangisan dalam jiwa..
Hati diri dan
jiwa masih mengharap angan-angan jd kenyataan..impian jadi nyata..
Tak di sangka..
cinta si gadis Cuma murahan pada pandangan lelaki yang sering meniniti dalam
setiap doa harianya.. Cuma perempuan murahan.. tempat persinggahan.. hanya
permainan..tiada nilai nya..
Kelam..buntu..
beku.. si gadis cuba menghadam setiap perkataan yang di lafazkan..
masih terngiang2 semua cacian yang di lemparkan
“ jangan sakit
kan orang ”
“ jangan kacau
anak orang ”
“ terima yang
seadanya ”
“ maafkan lah..
moga satu hari nanti orang lain akan maaf kan aq pulak ”
Antara “mentera”
yang sering di sebut saat mendaki anak-anak tangga yang ada pada setiap hari
untuk ke kelas..cuba memujuk hatinya yang rawan.. menghiburkan hati yang
terluka..
senyumannya tak
semanis dahulu.. hari-hari yang dilalui kosong.. kadang kala ada air yang
mengalir membasahi pipinya.. meluahkan kerinduan yang ada..
penyesalan
datang bertalu-talu.. betapa naifnya diri..kebencian menyusul sedikit demi
sedikit..
hati cuba
menidakkan apa yang dirasa.. masih lagi mahu memuja dalam diam.. masih lagi
mahu memaafkan segalanya.. masih lagi mahu menyembunyikan kesedihan dalam
senyuman yang ada..
namun dia hanya
manusia biasa..kasih sayang yang hadir tanpa dipaksa.. cinta yang dihulur
setulus kasih.. kepercayaan dan kejujuran di sanjung tinggi.. rupanya Cuma murahan..
hanya permainan.. bagi memuaskan nafsu yang rakus.. dendam mula menjalar dalam
segenap jiwa dan rasa..
[ mampukah si
gadis hidup dalam dendam yang semakin membara dalam segenap pembuluh darahnya??
Mampukah memaaf kan satu2 nya lelaki yang telah memegang kunci hatinya?? Benarkah
si gadis hanya permainan dalam hidup sang lelaki?? benarkah kunci hati si gadis telah dirampas atau si penjaganya yang cuai dan lalai ? ]
#sapa nak tau
kena request wat novel la… hahaha
No comments:
Post a Comment