Assalamualaikum.. ku dahulukan warkah ku buat mu sayang
dengan kalimah bissmillahirahmanirahim…
Sayang.. apa khabar diri mu? Apa khabar rupa mu? Juga Khabar apa kesihatan mu ?
Warkah ini ku titipkan istimewa buat mu.. dengan harapan kau
membacanya bersama2 hati mu..
ku hadirkan warkah ini bukan kerna aku membenci ..
bukan juga kerna aq sudah bosan dengan
kamu.. bukan kerna aq ingin memarahimu..tapi
sayang.. kerna adalakalanya kau seakan2 terlupa kehadiran ku.. seakan terlupa
aq ini yang mencintai mu.. lebih dari apa yang kau cintai..
khabarnya.. jiwa mu gundah gulana ?? semangat mu hilang ?
benar???
sayang.. mengapa sejak akhir2 ini solat mu sering di lewat
kan?
Cintaku… mengapa lewat hari ini bibir mu tidak basah dengan
kalimah2 Allah?? Mengapa tiada kedengaran suara mu mendayu2 mengalunkan warkah
cinta dari tuhan mu??
Kasih.. akhiran ini
ku perhatikan tidur mu lebih banyak dari waktu jaga mu? Tubuh mu jga kelihatan
lebih “ montel “ dari biasa..
Apa kau sudah tidak mahu hidup?
Ku rasai.. kau seperti sudah tidak punyai lg mimpi.. hanya
hidup seperti boneka.. bangun, tidur , makan, malah solat mu juga seperti
kosong.. tiada jiwa yang menghidupkan tiap2 solat2 mu..
Apa kau sudah putus asa dengan hidup??
=)
Mengapa kamu ada di dunia dalam keadaan kau lupa akhirat mu?
Sayang.. Allah itu ada.. Allah itu masih sayang.. bagun..
bangkitlah.. mencari jiwa dan ruh mu yang kian jauh..
Jangan kerana cinta seorang pria membuat diri mu hilang
arah.. tenggelam punca.. kelam akhirat mu..
Sayang.. jangan salahkan takdir jika suratan hidupmu begitu…
jangan hancurkan dirimu hanya kerana cinta manusia..
Ingat .. Allah itu sayang kamu..
Jangan siksa jiwa dan ruh kamu.. bangun…!!!! Lihat dunia..
melangkah kembali seperti biasa.. menanam benih2 kebaikan yang akan kau tuai di
kemudian hari..
Buangkan segala dendam di hati… terima takdir dengan hati y
tulus ikhlas..
HIDUPLAH SEPERTI BERTUHANKAN ALLAH..
Aku menasihatimu kerna aku amat mencintai mu.. kerna aq
perlukan kamu.. dalam setiap hela nafas ku.. aku sakit tanpa kamu..
Aq rindu alunan suara mu melagukan ayat2 suci…
Aq rindu solat malam mu
Aq rindu rintihan2 mu kepada Allah
Yang kau tuturkan benar2 dari hati mu yang tulus..
Aq rindu senyumanmu.. aq rindu kelembutan mu… aq rindu
kesabaran mu…aq rindu ceria yang bercahaya dari wajah mu..aq juga rindukan
semangat mu..
Usah kau kosongkan jiwamu bagai xberpenghuni.. suram.. kelam
dalam dunia yang pernuh warna warni
Carilah cinta Allah… biar pn secebis untuk merawat luka di
hati mu..
Cari lah kasih Allah.. biarpun hanya setitis untuk
menghidupkan jiwa mu..
Kerana DIA Pemberi dan Penawar segala cinta yang ada.
Bangun sayang… berwudu’ dan sujudlah semahu2nya.. SUNGGUH
ALLAH MAHA MENDENGAR TIAP RINTIHAN HATIMU.
Yang mencintai…
Iman dan roh mu

rindu bebenor ara kat akk . selamat berpuasa dan kuatkan hati dgn setiap yang dtg ya . in sha Allah . ada himah disebalik setiap yang kita tempuhi .
ReplyDeleterindu jgk kat sara.. sangat10.. bila boleh jumpa?? ='( kejap pn xpa la..
Delete