listen to the rain

listen to the rain
first love, like the rain is ever fresh

Sunday, 9 June 2013

isteimewa untuk nadiku




Assalamualaikum.. ku dahulukan warkah ku buat mu sayang dengan kalimah bissmillahirahmanirahim…

Sayang.. apa khabar diri mu? Apa khabar rupa mu? Juga  Khabar apa kesihatan mu ?
Warkah ini ku titipkan istimewa buat mu.. dengan harapan kau membacanya bersama2 hati mu..

ku hadirkan warkah ini bukan kerna aku membenci .. bukan  juga kerna aq sudah bosan dengan kamu.. bukan  kerna aq ingin memarahimu..tapi sayang.. kerna adalakalanya kau seakan2 terlupa kehadiran ku.. seakan terlupa aq ini yang mencintai mu.. lebih dari apa yang kau cintai..

khabarnya.. jiwa mu gundah gulana ?? semangat mu hilang ?

benar???

sayang.. mengapa sejak akhir2 ini solat mu sering di lewat kan?

Cintaku… mengapa lewat hari ini bibir mu tidak basah dengan kalimah2 Allah?? Mengapa tiada kedengaran suara mu mendayu2 mengalunkan warkah cinta dari tuhan mu??

Kasih..  akhiran ini ku perhatikan tidur mu lebih banyak dari waktu jaga mu? Tubuh mu jga kelihatan lebih “ montel “ dari biasa..

Apa kau sudah tidak mahu hidup?

Ku rasai.. kau seperti sudah tidak punyai lg mimpi.. hanya hidup seperti boneka.. bangun, tidur , makan, malah solat mu juga seperti kosong.. tiada jiwa yang menghidupkan tiap2 solat2 mu..

Apa kau sudah putus asa dengan hidup??

=)

Mengapa kamu ada di dunia dalam keadaan kau lupa akhirat mu?

Sayang.. Allah itu ada.. Allah itu masih sayang.. bagun.. bangkitlah.. mencari jiwa dan ruh mu yang kian jauh..

Jangan kerana cinta seorang pria membuat diri mu hilang arah.. tenggelam punca.. kelam akhirat mu..

Sayang.. jangan salahkan takdir jika suratan hidupmu begitu… jangan hancurkan dirimu hanya kerana cinta manusia..

Ingat .. Allah itu sayang kamu..

Jangan siksa jiwa dan ruh kamu.. bangun…!!!! Lihat dunia.. melangkah kembali seperti biasa.. menanam benih2 kebaikan yang akan kau tuai di kemudian hari..

Buangkan segala dendam di hati… terima takdir dengan hati y tulus ikhlas..

HIDUPLAH SEPERTI BERTUHANKAN ALLAH..

Aku menasihatimu kerna aku amat mencintai mu.. kerna aq perlukan kamu.. dalam setiap hela nafas ku.. aku sakit tanpa kamu..

Aq rindu alunan suara mu melagukan ayat2 suci…

Aq rindu solat malam mu

Aq rindu rintihan2 mu kepada Allah

Yang kau tuturkan benar2 dari hati mu yang tulus..

Aq rindu senyumanmu.. aq rindu kelembutan mu… aq rindu kesabaran mu…aq rindu ceria yang bercahaya dari wajah mu..aq juga rindukan semangat mu..

Usah kau kosongkan jiwamu bagai xberpenghuni.. suram.. kelam dalam dunia yang pernuh warna warni

Carilah cinta Allah… biar pn secebis untuk merawat luka di hati mu..

Cari lah kasih Allah.. biarpun hanya setitis untuk menghidupkan jiwa mu..

Kerana DIA Pemberi dan Penawar segala cinta yang ada.

Bangun sayang… berwudu’ dan sujudlah semahu2nya.. SUNGGUH ALLAH MAHA MENDENGAR TIAP RINTIHAN HATIMU.

Yang mencintai…
Iman dan roh mu


2 comments:

  1. rindu bebenor ara kat akk . selamat berpuasa dan kuatkan hati dgn setiap yang dtg ya . in sha Allah . ada himah disebalik setiap yang kita tempuhi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu jgk kat sara.. sangat10.. bila boleh jumpa?? ='( kejap pn xpa la..

      Delete